Photobucket

Sunday, March 2, 2008

A is for Allah by Yusuf Islam (Cat Stevens)

This was recorded for his baby daughter to teach her the arabic alphabet



Read More......

Menukar background dengan image.

Bagaimana caranya nak ganti background dalam blogspot kita.? Walaupun aku tak tahu sangat dengan script ni, alhamdulillah jadi juga background aku tukar, jumpa tutorialnya dalam blog kang Rohman, bagi aku dia seorang pakar ngeblog, ntahlah...kalau cari tutorial ejas blog nih asyik jumpa yang Indonesia punya jer, malaysian people takder ke yang rajin buat tutorial untuk anak bangsa melayu yang tak reti inggeris nih...hukhukhuk.OOO agaknyer semua cari yang BI kot, takper2...try min error.


Okey..aku sebenarnya saje tulis nak mudah kan aku juga, lain kali tak payahlah pening2 ammu google carikan untuk aku, mcm diary peribadilah ni.

Okey...insyallah aku habaq step by step.

Untuk template minima baru :

1. Sign in


2. Klik menu Layout


3. Klik menu Edit HTML


4. Klik tulisan Download Template Lengkap, silahkan save dulu template anda untuk backup data


5. Klik kotak kecil di samping tulisan Expand Template Widget


6. Tunggu beberapa saat sampai proses selesai


7. Tambahkan kode berikut pada style sheet css anda (yang warna merah adalah kode yang harus di tambahkan) :



body {
background:$bgcolor url('http://amen24.googlepages.com/pattern_096.gif');
margin:0;
color:$textcolor;
font:x-small Georgia Serif;
font-size/* */:/**/small;
font-size: /**/small;
text-align: center;
}


8. Klik tombol Pratinjau untuk melihat perubahan


9. Bila sudah OK, klik tombol SIMPAN TEMPLATE


10. Selesai.


Read More......

Saturday, March 1, 2008

Semut yang beriman jitu.


Di zaman Nabi Allah Sulaiman a.s berlaku satu peristiwa, one day apabila Prophet Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman a.s merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang desert yang tandus

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu
dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!
_____________________

Cerita ini dihantar oleh seorang teman aku..terima kasih buat mu teman yang sudi kongsi, kalau sapa yang sudi bagi cerita teladan untukku abadikan dalam blog ini bak kata orang-orang tua

"Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan" Orang zaman sekarang ni lain pula bunyinya " Kecik tapak tangan, stadium bukit Jalil saya tadahkan "

Orang-orang muda sekarang nih rasanya ada yang tak tahu "genamoghimau" yang dipanggil nyiru....dalam kamus bahasa melayu beratri : sj alat (yg dianyam drpd bilah, rotan, dll) utk menampi beras dll.

Aku jumpa artikel dari website perpustakaan negara tentang nyiru, sebahagian artikelnya tentang nyiru ialah:

Nyiru juga bermaksud badang, ayakan, tampian, tampah dan penampi. Nyiru lazimnya diperbuat daripada buluh atau rotan, berbentuk bujur atau bulat, beranyam rapat dan bingkainya beranyam tulang belut. Di negeri-negeri Pantai Timur, nyiru juga dikenali sebagai badang. Nyiru juga mempunyai nama, jenis dan bentuk yang berbeza bergantung kepada jenis bahan yang digunakan serta kegunaannya. Bentuk yang terdapat ialah bulat, bujur dan bersegi tiga.

Sebab warisan hakcipta artikel ini terpelihara,aku copy paste sedikit je artikelnya, kalau sesiapa nak tahu pasal nyiru dan peralatan tradisional lain silalah melawat laman web Peralatan Tradisional

Okey, semoga bermanfaat untuk semua.


Read More......

Friday, February 29, 2008

Hipertensi : Silent Killer

Darah tinggi: Pembunuh Senyap

Bersama:DATUK DR. NOR IZHAM AZIZ
(Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi Hospital Pakar Putra Melaka)

TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar “pembunuh senyap” kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk negara ini dan juga di seluruh dunia.

Mengikut kajian yang dijalankan di Malaysia pada 2007, lebih 30 peratus daripada penduduk negara ini menghidap tekanan darah tinggi dan sebilangan besar penghidap terdiri daripada kaum Melayu, tidak kira di bandar atau desa.


Ini dengan secara tidak langsung menunjukkan cara hidup di bandar dan di desa tidak banyak perbezaan di samping faktor genetik juga berkemungkinan memainkan peranan yang besar.

Penyakit ini melibatkan lebih kurang lima hingga enam juta rakyat Malaysia dan bilangan kes makin meningkat disebabkan gaya hidup moden zaman kini.

Darah tinggi adalah penyebab utama penyakit serangan jantung (heart attack) lemah jantung (heart failure), kegagalan buah pinggang dan buta. *(nauzubillah)

Mujurlah penyakit ini senang dikesan dan boleh dikawal dengan menukar gaya hidup dan pengubatan.

* Fisiologi

Darah biasanya mengalir dalam dua fasa iaitu:

* Sistolik; apabila jantung berdenyut, darah mengalir keluar dari jantung dan tekanan darah akan naik.

* Diastolik; apabila jantung berehat seketika serta diisi dengan darah untuk denyutan selanjutnya, menyebabkan tekanan darah turun seketika.

Ini bermakna tekanan darah akan turun dan naik mengikut denyutan jantung.

Ini menyebabkan tekanan darah mengandungi dua nilai iaitu sistolik yang tinggi dan diastolik yang rendah, contohnya 120/80 milimeter (mm) merkuri (Hg).

Tekanan darah juga berubah dari masa ke semasa sepanjang hari disebabkan emosi dan keadaan tubuh badan kita. Sebagai contoh, tekanan naik semasa bersukan dan tekanan turun sewaktu tidur.

Tiga jenis hormon dari kelenjar adrenal iaitu adrenaline, noradrenaline dan aldosterone turut mempengaruhi tekanan darah. Rangkaian urat saraf dan hormon tadi mempengaruhi tekanan darah di dalam tubuh kita.

Biasanya sistem yang kompleks ini mengawal tekanan darah dan gangguan di dalam sistem ini menyebabkan darah tinggi.

*(kompleks) rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara.

Kira-kira 90 peratus pesakit darah tinggi tidak ada penyebab yang khusus dan ini digelar Essential atau Primanory Hypertension.

Beberapa faktor dapat dikenali mempunyai kaitan dengan Primanory Hypertension seperti tabiat pemakanan, aktiviti fizikal dan juga keadaan persekitaran.

Fakta lain seperti kandungan garam dan lemak yang tinggi di dalam diet, obesiti dan kegemukan, kurang senaman serta kurang memakan sayur dan buah-buahan yang mengandungi nilai potassium yang tinggi. Selain itu, faktor genetik juga dilihat memainkan peranan penting.

*(diet) makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang
* (obésiti) kegemukan yg disebabkan terdapatnya lemak yg berlebihan.
*(
potassium) kalium , penting utk semua benda bernyawa terdapat dlm bentuk garam mineral dan dlm batu-batan

Kalium adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang K dan nomor atom 19. Kalium berbentuk logam lunak berwarna putih keperakan dan termasuk golongan alkali tanah. Secara alami, kalium ditemukan sebagai senyawa dengan unsur lain dalam air laut atau mineral lainnya. Kalium teroksidasi dengan sangat cepat dengan udara, sangat reaktif terutama dalam air, dan secara kimiawi memiliki sifat yang mirip dengan natrium. Dalam bahasa Inggris, Kalium sering disebut Potassium.
[ sumber maklumat tambahan dari- Wikipedia ]

Darah tinggi juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit lain dan ini dinamakan “secondary hypertension” yang membabitkan lima peratus dari jumlah kes.

Penyakit-penyakit tersebut ialah kegagalan fungsi buah pinggang (kidney failure) penyempitan pembuluh darah ke buah pinggang, tumor di kelenjar adrenal dan penyempitan pembuluh darah besar aorta.

Penyempitan pembuluh darah ini kadang kala dapat dirawat dengan pembedahan dan boleh menyembuhkan tekanan darah tinggi.

Selain itu, sesetengah jenis ubat juga boleh menyebabkan darah tinggi seperti steroid, cyclosporine, anti-depressant (kemurungan) dan ubat untuk sakit sendi dan tulang jenis NSAID (ubat antikeradangan bukan jenis steroid).

* Simptom atau petanda darah tinggi

Darah tinggi pada peringkat awal tidak memberi sebarang petanda dan kadangkala tidak dapat dikesan hingga bertahun lamanya.

Kadangkala, pesakit akan mengalami sakit kepala tetapi biasanya darah tinggi dikesan semasa pemeriksaan rutin. * Iklan Sponsor : RAJIN-RAJINLAH PERIKSA KESIHATAN ANDA

Selalu juga tanda pertama darah tinggi ialah apabila pesakit menghidap komplikasi seperti strok, serangan jantung, lemah jantung atau masalah buah pinggang.

*(komplikasi) penyakit baru atau perkembangan baru pd sesuatu penyakit yg menjadikan lebih rumit utk dirawat dan diubati: Cth ayat : Akibat tersalah makan ubat, ia mendapat komplikasi dan terpaksa dirawat di rumah sakit.
*(Strok) keadaan yg berlaku tiba-tiba akibat rosaknya atau pecahnya salur darah otak yg boleh menjadikan seseorang tidak sedar diri, (biasanya) diikuti oleh kelumpuhan, dan penyekatan salur darah oleh gumpalan darah

Kadang kala pesakit datang ke hospital dalam keadaan krisis dan tekanan darah melebihi 200/120 mm Hg.

Tekanan darah yang tinggi sebegini boleh menyebabkan sakit dada, sesak nafas, sakit kepala, gangguan penglihatan, muntah-muntah dan juga sawan

* Klasifikasi darah tinggi

Darah tinggi boleh diklasifikasikan mengikut tahap tekanan darah (mm Hg) seperti berikut:

KATEGORI Sistolik Diastolik

Optimum - <120<80

Normal - 120-129 80-84

Normal Tinggi - 130-139 - 85-89

Hipertensi Gred 1 (Ringan) - 140-159 - 90-99

Hipertensi Gred 2 (Sederhana) - 160-179 - 100-109

Hipertensi Gred 3 (Teruk) - >/180 - >/110

Hipertensi Sistolik Terpencil - >/140 - <90

Darah tinggi boleh dibezakan di antara sistolik dan diastolik. Biasanya hipertensi sistolik dihadapi oleh pesakit yang berumur 60 tahun ke atas di mana tekanan sistolik melebihi 140 mm Hg dan tekanan diastolik kurang daripada 90 mm Hg.

Sebaliknya pula, pesakit yang lebih muda mengalami tekanan sistolik melebihi 140 mm Hg dan tekanan diastolik juga melebihi 90 mm Hg.

Di kalangan pesakit yang datang ke klinik atau hospital dan dikatakan mengidap darah tinggi, lebih kurang 20 peratus daripada mereka mempunyai tekanan darah yang normal apabila diperiksa sendiri di rumah.

Golongan ini dinamakan ‘white coat hypertension’ (hipertensi kot putih). Biasanya doktor akan menggunakan alat pemantauan automatik yang boleh digunakan di rumah selama 24 jam untuk mengesan golongan ini (24 hours ambulatory blood pressure monitoring).

Di kalangan pesakit darah tinggi, ada juga yang tekanan darahnya tidak menurun sewaktu tidur dan kumpulan ini digelarkan ‘non dippers’.

Golongan ini didapati menghadapi kadar komplikasi yang lebih tinggi. Ada kajian yang mengatakan bahawa ‘non dippers’ ini disebabkan terlalu banyak kandungan garam (sodium) di dalam darah dan rawatan untuk mengurangkan garam boleh menukar non dippers kepada “nocturnal dippers.”


* Komplikasi dari tekanan darah tinggi


Tekanan darah yang berlebihan boleh merosakkan pembuluh darah besar dan juga yang kecil.

Contoh kerosakan pembuluh darah yang besar adalah seperti strok dan serangan jantung dan contoh kerosakan pembuluh darah yang kecil ialah kegagalan buah pinggang dan gangguan penglihatan disebabkan kerosakan mata.

Satu lagi komplikasi ialah ‘atrial fibrillation’ atau degupan jantung yang tidak stabil. Ini menyebabkan pesakit merasa berdebar-debar dan kadang-kala pening dan sesak nafas.

Darah tinggi juga menyebabkan jantung membengkak dan boleh berlarutan hingga ke peringkat lemah jantung.

Satu lagi komplikasi ialah bengkak di saluran aorta (aneurisme). Aneurisme ini kadangkala terkoyak atau bocor dan berlaku pendarahan yang banyak. Komplikasi ini kerap menyebabkan pesakit maut.

(Aneurisme) bengkak atau gelembung pd arteri yg disebabkan oleh penyakit, kecederaan dsb


* Pencegahan ..Pesanan Penaja ***BAB PENTING***


Pencegahan darah tinggi adalah amat penting disebabkan kerosakan organ boleh bermula apabila tekanan darah melebihi 120/80 mm Hg dan sebelum dapat dikesan oleh doktor.

*(Hg) simbol kimia bagi merkuri. (Hg) kep hektogram (100 gram).

Pencegahan juga boleh mengelakkan daripada keperluan menggunakan ubat kelak dan merupakan cara yang terbaik untuk mengelak komplikasi.

Cara pencegahan adalah dengan mengubah cara hidup seperti mengurangkan berat badan, kerap bersenam, cara pemakanan yang sihat seperti memakan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan kandungan garam dan lemak dalam masakan.

Kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang seimbang dengan kandungan nutrien penting terutamanya potasium melebihi 4,000 miligram (mg) sehari boleh merendahkan tekanan darah.

*(nutrien) (Bio) bahan makanan berkhasiat, zat makanan.
*(potasium) Huraian dah ada kat atas :)....

Selain itu, memakan sebanyak lima cawan sayur dan buah-buahan, tiga cawan bahan tenusu rendah lemak dan mengurangkan kegunaan garam sebanyak 1,500 mg sehari boleh merendahkan tekanan darah.


* Sindrom metabolik


Berat badan yang tinggi memainkan peranan yang penting dalam apa yang dinamakan sindrom metabolik.

*(metabolisme) Huraian: Jumlah keseluruhan perubahan kimia dan fizikal yang berlaku pada sel semua organisma hidup, antaranya termasuklah pengubahan nutrien, perkumuhan bahan buangan, proses sintesis dan degradasi dan kesemua fungsi lain organisma hidup.

Sindrom ini boleh dikenali dengan adanya obesiti dengan Indeks Jisim Badan (IJB) atau BMI (Basal Metabolic Rate) yang melebihi 25 serta perut buncit selain ukuran pinggang yang melebihi 40 inci untuk lelaki, melebihi 35 inci untuk perempuan, diabetes, darah tinggi, HDL kolesterol (kolesterol baik) yang rendah dan triglyceride yang tinggi.

Kesemua penyakit ini boleh dielak jika kita menjaga berat dan ukuran pinggang yang sesuai. Biasanya jika berat badan dapat dikurangkan sebanyak 10 peratus, tahap tekanan darah juga dapat diturunkan. * Pesanan Penaja : Sabda Rasul S.A.W " Berpuasalah kamu nescaya sehat"


* Diagnosis

(Diagnosis) Huraianya : Pengenalpastian sesuatu keadaan atau penyakit berdasarkan segala data yang terkumpul melalui pemeriksaan, pemerhatian, penpalpatan dan ujian-ujian khas.

Darah tinggi biasanya dikesan semasa pemeriksaan rutin atau semasa berjumpa doktor untuk masalah kesihatan yang lain.

Selalunya doktor akan memeriksa tekanan darah dua atau tiga kali dalam masa yang berasingan untuk memastikan tekanan darah tinggi.

Pesakit dinasihatkan jangan meminum kopi atau teh, jangan hisap rokok selama setengah jam dan berehat selama lima minit sebelum memeriksa tekanan darah.

Alat-alat pemeriksaan darah tinggi jenis elektronik juga boleh digunakan di rumah untuk mengesan golongan “white coat hypertension” dan untuk memantau tekanan darah setiap hari.

Doktor juga boleh menggunakan alat untuk merakamkan tekanan selama 24 jam (24 hours BP monitoring) kerana cara ini lebih tepat dan dapat mengesan golongan ‘non dippers’ yang menghadapi darah tinggi sewaktu tidur.


* Rawatan


Rawatan darah tinggi mementingkan kawalan tekanan yang tidak melebihi 140/90 mm Hg bagi mereka yang tidak mempunyai penyakit sampingan atau 130/80 bagi mereka yang menghidap diabetes, lemah jantung dan kerosakan buah pinggang.

(diabetes) keadaan yg dicirikan dgn perembesan dan perkumuhan air kencing yg berlebihan, penyakit kencing manis

Penting juga bagi doktor untuk mengesan mereka yang menghidap ‘secondary hypertension’ supaya punca utama darah tinggi dapat dirawat.

Biasanya rawatan darah tinggi dimulakan dengan memperbaiki cara hidup dengan pemakanan yang seimbang, mengamalkan cara hidup yang aktif, melakukan aktiviti fizikal dan senaman jika tekanan darah masih di peringkat satu.

Bagi pesakit dengan tekanan darah didapati terlalu tinggi (peringkat kedua), pesakit harus menggunakan ubat untuk mengawal tekanan darah.

Di kalangan pesakit yang menghidap diabetes, lemah jantung, strok atau kerosakan buah pinggang, ubat biasanya digunakan pada peringkat satu dan tekanan darah perlu dikurangkan hingga ke 130/80 mm Hg.


* Ubat-ubatan


Terdapat pelbagai jenis ubat yang digunakan untuk mengawal tekanan darah. Biasanya doktor memilih ubat mengikut keadaan dan faktor-faktor kesihatan lain yang terdapat pada pesakit.

Contohnya di kalangan pesakit yang berumur 65 tahun ke atas dan menghidap hipertensi sistolik, ubat yang paling berkesan adalah dari kumpulan diuretic dan di kalangan pesakit diabetes pilihan pertama adalah angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors atau angiotensin receptor blocker.

*(diuretic) diuretik : Bahan yang menggalakkan pengumuhan urin.

Jika pesakit menghidap angina atau serangan jantung, beta-blocker adalah pilihan pertama. Di kalangan pesakit dalam peringkat pertama dan tiada tanda-tanda kerosakan organ, perubahan cara hidup boleh dicuba terlebih dahulu selama enam bulan hingga setahun. Jika tekanan darah masih melebihi 140/90 mm Hg, biasanya satu jenis ubat digunakan.

*(angina) Huraian: Penyakit yang menyebabkan kesakitan dan kesesakan nafas

Bagaimanapun di kalangan pesakit yang dalam peringkat kedua, kadangkala doktor memulakan dengan dua jenis ubat dengan serentak.

Terdapat ubat moden di mana dua jenis ubat disatukan di dalam satu pil dan ini menyenangkan pesakit dan menggalakkan mereka kekal memakan ubat setiap hari. Di dalam pemilihan ubat, kos juga menjadi faktor yang perlu dipertimbangkan.


* Rawatan jangka panjang


Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi biasanya menjalani rawatan seumur hidup dan selalunya berjumpa doktor antara satu hingga tiga bulan sekali.

Di kalangan pesakit yang tekanannya tidak terkawal atau menghidapi masalah perubatan seperti sakit jantung, strok atau kerosakan buah pinggang haruslah berjumpa doktor setiap bulan.

Ada setengah pesakit di mana tekanannya susah dikawal dan memerlukan tiga atau empat jenis ubat.

Kajian menunjukkan bahawa 50 peratus daripada pesakit memerlukan satu jenis ubat dan 30 peratus lagi memerlukan dua jenis ubat sementara bakinya pula memerlukan tiga atau empat jenis ubat untuk mengawal tekanan darah mereka.

Kajian juga menunjukkan bahawa 30 peratus daripada pesakit mempunyai tekanan darah tidak terkawal.

Faktor pertama tekanan tidak terkawal adalah disebabkan ubat yang tidak mencukupi disebabkan pesakit tidak memakan ubat yang diberikan.

Ada kajian yang menunjukkan 50 peratus daripada pesakit berhenti makan ubat dan tidak berjumpa doktor dalam jangka masa setahun selepas bermulanya rawatan.

Hakikat ini boleh difahami kerana penyakit darah tinggi selalunya tidak mendatangkan apa-apa gangguan dan ubat yang dimakan kadangkala menyebabkan kesan sampingan yang mengganggu kehidupan harian pesakit. Tetapi, adalah sangat penting ubat dan rawatan diteruskan memandangkan penyakit-penyakit yang serius yang boleh terjadi akibat tekanan darah tinggi yang tidak dikawal.


* Jenis-jenis ubat darah tinggi


* Diuretik

Diuretik mengurangkan kandungan garam dan air di dalam badan dengan mengeluarkan bahan ini di dalam air kencing. Dengan ini tekanan darah dapat dikurangkan.

* Beta-blocker

Beta-blocker menyekat perjalanan hormon adrenaline dan noradrenaline. Ini mengurangkan kekuatan dan kelajuan denyutan jantung dan mengurangkan tekanan darah.

* Angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors atau Angiotensin receptor blocker (ARB)

ACE inhibitor dan ARB menyekat enzim yang mengeluarkan angiotensin II, satu bahan yang menyebabkan saluran darah mengecut. Ubat ini mengembangkan saluran darah dan menurunkan tekanan.

* Calcium channel blocker

Calcium channel blocker menyekat perjalanan kalsium ke sel di saluran darah. Ini menyebabkan saluran mengembang dan menurunkan tekanan darah.

* Alpha-blocker

Alpha-blocker menyekat isyarat saraf yang menyebabkan cengkaman saluran darah.

-------------------------------------------------------------------
Sumber Utama : Utusan Malaysia
Sumber kedua : By Surfing
Sumber tambahan ( tulisan condong) dari Qomus Dewan Eja.
Pesanan Penaja : ???

Lagi Ad By Blogger : " Sayangilah Kesihatan Kita "


Read More......

Thursday, February 28, 2008

Eulogy 1 Madah Pujangga 1

Melayu kata:

Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik budi-pekertinya
Arab:
خير الـنــــاس..... من طـــــــــال عمره وحســــــن عمله
Inggeris:
Good people ..... Who long life and good practice
Prancis:
Bonnes gens ..... Qui ont une longue durée de vie et de bonnes pratiques
German:
Good people ..... Diejenigen, die haben eine lange Lebensdauer und gute Praxis
Belanda:
Goede mensen ..... Degenen die hebben een lange levensduur en goede praktijken

Read More......

Real Spiderman

Hari ini aku baca paper, utusan malaysia, ada jugak orang sebut sebagai 'utusan umno' paham-paham ajerlah. Okey taknak ulaskan tentang politik tanahair motherland aku, nak cerita gelagat yang title 'Spiderman' aku tertarik dengan artikel ni sebab maybe ada sangkut paut hobyy dia ngan nama blog aku ' Climbermania.blogspot.com' ni, hoby aku takderlah clim-clim ni, cuma 'Climber' atau pun 'pendaki' sebagai symbolik untuk maju dan terus maju...teringat lagu umno..maju terus majuu. :)

sambung citer spiderman, al-kisahnya guy from france yang nama dia Alain Robert telah ditangkap police selepas merungkas bangunan Edificio Italia yang teletak di Sau Paulo setinggi 165 meter . Aku tak tahulah apekejadahnya dia buat kerja macam tu, test power kot.? Erm..memang powerlah sebab dia rungkas tanpa guna safety tool kebenda dia panggil.

Edificio Italia, São Paulo
Aku nagntuklah, nak tidor dulu laah...kalau nak link Utusan Umno yg ada berita dia sini hah






Read More......

Mukoddimah

Assalamualaikum ..Waalaikumussalam.

Climbermania menulis,
Ini personal blog aku,
Dah ramai yang buat blog..aku pon rasa 'RAA' juga nak tulis, niat di hati blog ini sebagai himpunan apa 2 yang aku dapat masa surfing internet, kalau aku rasa menarik aku akan tulis.

Itu saje..okey.

Read More......
Design by Dzelque Blogger Templates 2008

Design by Dzelque Blogger Templates 2008